Thursday, August 11, 2011

' CHECKLIST' amalan di bulan Ramadhan



4.00 pagi 1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa: “Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.” 2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. 3.Mandi dan membersihkan diri. 4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi 1.Solat sunat Taubat Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa. 2.Solat sunat Tahajjud. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH. 3.Solat sunat Hajat Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita. 4.Solat sunat Witir Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi 1.Makan sahur 2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30 pagi 1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari. 2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.

7.00 pagi 1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik. 2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati. 3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi 1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan. 2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia. Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja

12.45 tengah hari 1.Bersiap untuk solat Zohor. 2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. 3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA. 4.15 petang 1.Bersedia untuk solat Asar. 2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. 3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA 5.30 petang 1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

6.30 petang 1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima. 2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka : “Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.” 3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak. 4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.

8.00 malam 1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih 2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 malam 1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur. 2.Berniatlah untuk puasa esok hari. 3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah. 4.Bacalah doa tidur : "Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

Merungkai Maksud 'صوم '


Dalam satu risalah yang bertajuk Rahsia-Rahsia Puasa hasil penulisan Syeikh Soleh al-Jaafari ada merungkaikan maksud puasa dalam bahasa Arab yang membentuk perkataan Soum - صوم (Puasa). Syeikh Soleh al-Jaafari merupakan ulama' terkenal al-Azhar dan juga merupakan ulama' yang mempunyai salasilah keturunan sampai kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Huruf yang membentuk perkataan صوم ini dihuraikan oleh Syeikh Soleh al-Jaafari dengan cukup mendalam.
ص - Sabar
و - Wara'
م - Muhsin

  • Huruf yang pertama dimaksudkan dengan sabar. Syeikh Soleh al-Jaafari menyebut bahawa setiap orang yang berpuasa akan diuji dengan kesabaran. Beliau juga membahagikan sabar ini kepada tiga bahagian:
  1. Sabar dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan ujian. Tujuannya ialah untuk menguji kesabaran orang-orang yang berpuasa. Kita perlu memperbanyakkan sabar dalam kehidupan seharian kita. Dalam bulan ini, Allah S.W.T menguji tahap kesabaran hamba-Nya antaranya larangan makan dan minum pada siang hari.
Jadilah 'blogstarz' dan kunjungi http://web.iluvislam.com untuk meralisasikannya dan dapatkan segera pakej hosting bermula serendah RM69 setahun dan promosi diskaun 50% merdeka DOMAIN .MY sekarang juga! Gunakan kod kupon MY50MERDEKA.
  1. Sabar dalam meninggalkan perintah Allah S.W.T
  2. Sabar dalam menghadapi bala/ ujian dari Allah S.W.T
  • Huruf yang kedua pula dimaksudkan dengan wara'. Wara' ialah menjaga diri kita yakni anggota yang tujuh daripada terjerumus ke dalam perkara-perkara yang syubhat
  • Huruf yang ketiga dan terakhir yang dimaksudkan ialah muhsin. Maksudnya, semasa bulan yang penuh keberkatan ini kita hanya berfikir untuk membuat kebaikan sesama manusia. Selain itu, kita punya perasaan belas kasihan kepada sesama makhluk.
                                 “Ya Allah jadikanlah aku anak didik Ramadhan”

     Di mana langit2 dibuka luas..pintu neraka ditutup serapat-rapatnya..pintu syurga di buka seluas-luasnya.   Di    tambah dengan syaitan-syaitan yang digari. Apa lagi yang kita perlu lawan? Satu sahaja.     NAFSU..mujahadah nafsu ayuhh!  Mungkinkan takdir menetapkan ..ini Ramadhan terakhir.. bila lagi   mahu dikutip pahala sebanyak-banyaknya? Sekarang! Mulakan..  Sikit2..moga istiqamah!  Salam Ramadhan  kawan2!!.. :')