Dalam satu risalah yang bertajuk Rahsia-Rahsia Puasa hasil penulisan Syeikh Soleh al-Jaafari ada merungkaikan maksud puasa dalam bahasa Arab yang membentuk perkataan Soum - صوم (Puasa). Syeikh Soleh al-Jaafari merupakan ulama' terkenal al-Azhar dan juga merupakan ulama' yang mempunyai salasilah keturunan sampai kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Huruf yang membentuk perkataan صوم ini dihuraikan oleh Syeikh Soleh al-Jaafari dengan cukup mendalam.
ص - Sabar
و - Wara'
م - Muhsin
- Huruf yang pertama dimaksudkan dengan sabar. Syeikh Soleh al-Jaafari menyebut bahawa setiap orang yang berpuasa akan diuji dengan kesabaran. Beliau juga membahagikan sabar ini kepada tiga bahagian:
- Sabar dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T
Jadilah 'blogstarz' dan kunjungi http://web.iluvislam.com untuk meralisasikannya dan dapatkan segera pakej hosting bermula serendah RM69 setahun dan promosi diskaun 50% merdeka DOMAIN .MY sekarang juga! Gunakan kod kupon MY50MERDEKA.
- Sabar dalam meninggalkan perintah Allah S.W.T
- Sabar dalam menghadapi bala/ ujian dari Allah S.W.T
- Huruf yang kedua pula dimaksudkan dengan wara'. Wara' ialah menjaga diri kita yakni anggota yang tujuh daripada terjerumus ke dalam perkara-perkara yang syubhat.
- Huruf yang ketiga dan terakhir yang dimaksudkan ialah muhsin. Maksudnya, semasa bulan yang penuh keberkatan ini kita hanya berfikir untuk membuat kebaikan sesama manusia. Selain itu, kita punya perasaan belas kasihan kepada sesama makhluk.
Di mana langit2 dibuka luas..pintu neraka ditutup serapat-rapatnya..pintu syurga di buka seluas-luasnya. Di tambah dengan syaitan-syaitan yang digari. Apa lagi yang kita perlu lawan? Satu sahaja. NAFSU..mujahadah nafsu ayuhh! Mungkinkan takdir menetapkan ..ini Ramadhan terakhir.. bila lagi mahu dikutip pahala sebanyak-banyaknya? Sekarang! Mulakan.. Sikit2..moga istiqamah! Salam Ramadhan kawan2!!.. :')
0 comments:
Post a Comment