Tuesday, February 8, 2011

Menangis ...

Berkata Salman Al Faarisi r.a :
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

 
Rasulullah saw bersabda :
Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus. ….kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah SWT untuk si mayat.
(Riwayat dari Salman al Farisi)


Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari Kiamat”……seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya
Lagi bila kita selalu ingat mati..pasti diri kita sentiasa dekat kepada Allah

>>> Air mata yang tiada di tuntut :

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas. Mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan. Mungkin kita kurang membuat persediaan. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan. Mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat. Yakinlah! Rezeki itu adalah pemberian Tuhan

Air mata taubat Nabi Adam a.s:

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,"Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis :
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.



Cuba Malam nie kita Bermuhasabah diri
>>Kita Tulis surat cinta kepada Allah
>>Ya Allah sejauh manakah aku dekat diri kepada mu Ya Allah..Ya Allah adakah peluang untuk hari esok aku bersempatan hidup d dunia ini
>>Ya Allah adakah pintu taubat Masih terbuka untuk ku..Ya Allah banyaknya dosa yang daku lakukan terhadp mu Ya Allah
>>>Cuba tulis surat cinta kepada tuhan sebelum kita tido..agar kita dapat merasai diri kita selalui mengingatinya
>>> Tangis tercela atau terpuji ??:
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti….kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Dari itu…….. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Tuhan,
Tika malam sepi,
Aku bangun mengheret hati ini untuk mengadapMu,
kerana aku tahu siang pasti lesu,
jika aku tidak bertemu denganMu.
Tuhan,
jernih airmata ini mengalir di pipi,
kerana aku tahu,
hanya Engkau yang tahu,
apa yang ada dalam hatiku.
Tuhan,
aku tidak mampu lagi,
untuk melangkah walau setapakpun,
andai kau tidak pedulikan aku lagi,
apa guna hidup jika hidup dalam kemurkaanMu,
itu maknanya mati sebelum mati.
Tuhan,
ambillah segenap cinta di hatiku ini,
biar tiada lagi cinta di hati ini,
selain cintaku padaMu,
aku tidak mahu menjadi munafik di hadapanMu.
Tuhan,
jasadku ini hanya bayang-bayang,
rohku terbang ingin mencariMu,
tetapi mengapa sulit sekali
jauh sekali ku rasa,
aku mencari NUR Mu,
namun dosa-dosaku menyesatkan aku.



0 comments:

Post a Comment